JALAN-JALAN CARI TEMPAT MENARIK

Sabtu, 15 Januari 2011

Pertama Kali Ke Negara Seberang



Ini adalah pertama kali aku menjejakkan kaki ke negara yang terbesar di Asia Tenggara iaitu sebuah negara yang sememangnya kaya dengan pelbagai hasil bumi dan kaya dengan tarian kebudayaan tradisional. Aku seperti tidak percaya yang aku sudah pun sampai dengan keadaan selamat walaupun aku berada dalam keseorangan ketika tiba di negara tersebut dalam akhir bulan disember tahun 2009 itu. Aku berasa amat bertuah dan bersyukur setelah aku tiba di lapangan terbang polonia Medan Sumatra dalam jam 12 tengahari itu.  Aku tidak dapat menduga yang aku dipertemukan dengan seorang hamba  Allah s.w.t  yang juga seorang rakyat malaysia yang telah lama menetap di Medan dan disitu aku dipelawa ke rumahnya di Tanjung Pura Langkat. Nama hamba Allah itu adalah seorang perniagaan Herba iaitu Pn. Maslina.  Aku rasa amat bertuah pada waktu itu kerana diberi kepercayaan untuk bermalam di rumah orang yang telah membantuku itu untuk satu malam dirumahnya. Aku juga dipelawa minum oleh pembantu rumahnya dan mengikut anak saudara ke gelanggang futsal pada malam 23hb Disember itu. Aku seperti tidak percaya yang mana aku dapat bermain futsal dengan baik untuk posisi keeper pada malam tersebut dan aku telah dpt menyelamatkan lebih 15 percubaan bahaya kearah gawang gol.  Setelah selesai bermain futsal, aku dipelawa utk bermalam di Kg. Perminang, Langkat.  Pada keesokkan harinya, aku dipelawa oleh Pn. Maslina untuk bersama dengan Abg Hadi untuk bergerak ke destinasi pelancongan yang ada di Negara itu iaitu Danau Toba yang terletak di daerah Parapat. Perjalanan dari Medan ke Parapat mengambil masa selama 8jam yang mana menggunakan 2 jenis kenderaan untuk ke sana iaitu dokar dan bas persiaran. Perjalanan turut melalui jalan yang sememangnya banyak selekoh disebalik pekan kecil disekitar sewaktu dalam perjalanan ke destinasi. Setelah tiba di Danau Toba sekitar jam 7petang, aku rasakan sesuatu yang memberi berita gembira buat aku di situlah aku bermalam di kamar penginapan yang telah disediakan dikawasan destinasi pelancongan tersebut. Sebelum bermalam di situ, aku sempat membeli baju dan barangan cenderamata ringkas yang lain sebagai kenangan. Malam sebelum tidur juga, saya sempat makan malam bersama dengan abang Hadi di sebuah restoran Muslim terkemuka di destinasi pelancongan tersebut. Setelah makan malam saya pergi ke sebuah kedai yang terdapat menu yang dipanggil Bandrek Susu untuk menikmati minuman tersebut.





Menaiki boat mengelilingi tasik yang terbesar ini dalam lingkungan 2jam lebih bersama dengan Abg Hadi dengan bayaran dalam lingkungan RM31 untuk sekali pusingan iaitu bersamaan dengan Rp100000.  Saya berasa selesa dengan pemandangan dan panorama yang mengasyikan sewaktu menaiki boat mengelilingi tasik itu.

 Sesudah selesai sahaja menaiki boat mengelilingi tasik



Abg Hadi dgn gaya bergambar di atas tangga yang tersendiri




 Bergambar berdekatan dengan jeti pengangkutan feri




Bergambar diatas boat yang sedang menglilingi tasik











 Santai-santai tengok cenderamata sambil cuci mata melihat pelbagai jenis barangan yang agak unik dengan harga yang berpatutan mengikut jenis cenderamata yang dipamerkan. Macam-macam jenis cenderamata antaranya prem gambar yang ada ayat al-quran serta disaluti dengan bulu kambing, kereta ukiran kayu, keronsang bentuk ukiran kayu, ukiran pelbagai jenis patung dan sebagainya.


Setelah selesai melihat pemandangan Danau Toba, saya bersama dengan Abg Hadi bergerak ke masjid Raya Taqwa untuk menunaikan solat zohor  sebelum bertolak dari Parapat ke Bandar Medan.





Saya berada di hadapan istana Maimoon  Bandar Medan, Sumatera  pada 24 Disember 2009 pada jam 7.50 petang