JALAN-JALAN CARI TEMPAT MENARIK

Selasa, 7 Jun 2011

Langkawi Travel Extremix

Pada hari Selasa sekitar jam 12 tengahari, saya memulakan perjalanan dari Temerloh dengan menaiki bas ekspress metro ke Hentian Pekeliling di Kuala Lumpur. Perjalanan tersebut, mengambil masa dalam sejam setengah minit melalui lebuhraya pantai timur dan seterusnya melalui lebuhraya Kuala Lumpur Karak. 
Setelah sampai ke Hentian Pekeliling, saya teruskan perjalanan dengan menaiki LRT dari Titiwangsa ke Puchong dan dari Puchong ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya ke hentian terakhir LRT yang akan menuju ke Putrajaya dan Cyberjaya. Destinasi menaiki keretapi Komuter dari Salak Tinggi menuju ke KLIA dan seterusnya dari KLIA saya menaiki bas yang akan ke LCCT untuk menaiki pesawat AK5330 ke Langkawi pada jam 7.45malam. Antara pemandangan saya sewaktu menaiki pesawat untuk ke langkawi adalah seperti berikut:

Pesawat yang akan saya naiki untuk ke Langkawi pada jam 7.45malam itu



Bersiap sedia untuk berlepas


Bergambar dengan crew kiut jelita dalam flight


Bergambar pulak dengan mamat macho ensem giler ni


Setelah sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, saya terus menuju ke arah kereta sewa yang telah ditempah seperti yang terdapat dalam gambar ini tetapi dalam gambar ini telah diambil pada 2hari kemudian. Kereta sewa yang saya maksudkan ialah Suzuki SX4 yang mana ianya digunakan dalam tempoh saya berada di pulau Legenda tersebut.


Bergambar dengan Kereta yang telah kami sewa sepanjang kami di Langkawi


Setelah mendapatkan kereta sewa, pada malam itu saya bergerak menuju ke hotel Chandek Kura yang tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa tersebut. Sebelum ke hotel tersebut, saya sempat ke stesen petronas Padang Matsirat untuk mengisi minyak, maklumlahkan minyak kereta sewa tu dh kontang teramat. Seterusnya bergerak ke destinasi untuk bermalam di Hotel Chandek Kura iaitu hotel 3bintang.... Jadila 3bintang tu.... 
Keesokkan paginya saya bersama kawan saya membuat perancangan untuk ke tempat menarik iaitu ke Gunung Mat Cinchang yang mana gunung yang kedua tertinggi di pulau lagenda itu.  Brape tinggi tu saya tak sempat nk kaji la plak yea... Setelah sampai ke destinasi yang dirancang, saya bersama kawan saya terus bergerak menuju ke tempat menarik tersebut, katanya ada kereta kabel yang akan membawa saya bersama kawan saya ke puncak gunung Mat Cinchang tersebut.... Saksikanlah gambar ini.... 



Setelah sampai ke area yang dicari


Pemandangan di kawasan reakeasi kaki gunung Mat Cinchang



Replika Bangunan yang menghubungkan Kereta Kabel


Pemandangan dari jauh untuk gambar kereta kabel


Pemandangan dari dekat untuk kereta kabel



Bergerak dengan menaiki kereta kabel untuk fasa pertama


Pemandangan ketika mendaki jurang di pergunungan Mat Cinchang


Pemandangan ke arah lautan

Setelah sampai ke area yang telah ditujui dengan menaiki kereta kabel sebentar tadi



Saya bergambar untuk pemandangan di kawasan atas gunung tersebut



Pemandangan ke arah laut dan kelihatan gugusan pulau di belakang saya


Tambak atau jambatan yang menghubungkan antara destinasi menarik di pulau lagenda ini jelas kelihatan di lautan


Pemandangan ke arah gunung-ganang yang sempat saya ambil untuk setakat ini


Saya berada di jambatan yang tertinggi di pergunungan Mat Cinchang


Dari bawah tiang jambatan



Dari Menara Puncak Jambatan


Bergambar di atas jambatan dan kelihatan dua buah kereta kabel sedang melintasi


Stesen Keretapi Kabel yang berada di puncak gunung Mat Cinchang



Saya sedang menuruni dari puncak gunung Mat Cinchang



Bergambar sewaktu sedang menuruni dari stesen utama dari puncak Gunung Mat Cinchang


Menikmati keindahan alam sambil bergambar dengan stail sendiri


Hampir sampai ke stesen di kaki gunung 
dan seterusnya pulang ke hotel untuk
ke Pantai Chenang



Setelah tiba di persisiran pantai Teluk Chenang



Bergambar dengan berlatarbelakangkan pulau-pulau yang berdekatan dengan pantai Chenang


Yeah, inilah gaya terakhir saya di pantai ini sebelum pergi menonton wayang pada malam ini







Membuat lawatan ringkas ke Makam Mahsuri pada awal pagi tersebut



Sejarah ringkas yang berkaitan dengan peristiwa Lagenda Mahsuri di pameran Arkib yang dilawati



Burung apa agaknye yea...?

A - Burung Merak
  B -  Burung Belatuk
           C - Burung Cenderawasih
 D - Burung Garuda


 Setelah selesai lawatan ke Makam Mahsuri, dari makam Mahsuri saya bergerak ke Lokasi seterusnya iaitu BERAS TERBAKAR di Padang Matsirat



Kelihatan duit siling bertaburan di kawasan beras terbakar tersebut



Kawasan Beras Terbakar yang dipagari sekelilingnya





Seterusnya lawatan ke Galeri Perdana





Setibanya saya di Galeri Perdana pada jam 12.32 tengahari



Galeri perdana terletak berdekatan dengan Jalan Ayer Hangat iaitu perjalanan dari Bandar Kuah ke Pantai Pasir Hitam. Galeri Perdana sememangnya banyak replika dan cenderamata yang dijadikan bahan pameran untuk tatapan umum sepanjang pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang ke4 iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed.
Antara gambar-gambar yang sempat kami ambil adalah seperti berikut:































Arh, penatnye, pusing 1 bangunan stakt tu jew la yg dpt kami gunakan untuk kesempatan ini... Anda pula bagaimana..? Adakah anda berpuas hati dgn gambar-gambar yang kami paparkan utk stakat ini di Galeri Perdana yea....
Maka dengan ini berakhirlah lawatan kami di galeri perdana dan tempat yang seterusnya adalah di mana yea.... Jom kita saksikan..... 


Menikmati time coffee sambil baca majalah di puncak Gunung Raya
(Sebentar lagi menu akan dihidangkan)


Inilah gambar dihadapan resort Penginapan 4bintang di Puncak Gunung Raya



Setelah selesai membuat lawatan di puncak Gunung Raya yang merupakan antara destinasi saya yang terakhir, saya dangan rakan pada hari yang sama bergerak ke Lokasi membeli-belah untuk mendapatkan cenderahati seperti coklat, minyak gamat serta barangan ternama yang lain sebelum pulang ke Hotel Chandek Kura iaitu penginapan kami sepanjang mengadakan lawatan di Pulau lagenda ini.