JALAN-JALAN CARI TEMPAT MENARIK

Jumaat, 11 Mei 2012

Perjalanan Kali Kedua

Pada hari Isnin 30 April yang lalu, saya dapat lagi ke destinasi yang telah lama tidak dikunjungi yang mana kali terakhir saya kunjungi sekitar akhir tahun 2009 dan sekali lagi saya kunjungi pada tarikh tersebut. Saya juga sempat berkunjung ke destinasi yang semenangnya hendak saya jejaki sekali lagi agak-agaknya yang mana 1 seperti dalam gambarajah seperti diatas.

Dibawah ini terdapat gambar yang saya sempat rakam sewaktu lawatan ke destinasi tersebut...:


 Beg yang bakal saya bawa untuk ke destinasi kali ini


 Penerbangan bakal dimulakan


 Subhanallah


 صحنالله


Begitu luas alam ciptaan Tuhan kn


 Makanan malam di destinasi yang dituju


 Tempe

Setelah tiba ke destinasi, saya ke pusat membeli-belah yang terkemuka iaitu Millinium Plaza yang merupakan pusat jualan barangan komputer dan elektronik. Di situ saya membeli sebuah handphone jenama seperti dalam gambarajah dibawah....:


 Kotak Strawberry


Handphone baru yang hanya berharga dalam RM83.55 sahaja


Pada keesokkan harinya, saya ke Medan Mall untuk membeli suit vest dan t-shirt jersey serta barangan yang dirasakan perlu sewaktu membeli-belah di Medan Mall tersebut. 
Sebelah petang pula, saya ke Mataram Corner dan disitu saya dapat menikmati keenakkan Bakso Bagong yang laris di restoran tersebut.....:  

Bakso yang kreatif apabila dinikmati


Selepas ke Mataram Corner, saya seterusnya ke Binjai Mall untuk melihat barangan yang terdapat di kompleks membeli-belah tersebut....:  


 Suasana di Binjai Mall


Keesokkan paginya saya ke Istana Maimoen untuk meninjau sejarah kebudayaan di lokasi yang bakal saya lawati ini...:  


 Jadual melawatnya sudah disediakan


 Di bahagian gambar Sultan Deli pada kurun ke19


 Bahagian dalam Istana


 Suasana separuh keseluruhan dalam istana


 Kamera buat hal la plak


 Kamera habis bateri


 Ada saluran untuk pakej tukar pakaian yg kt belakang tu



Tanggal 1 Mei dalam sekitar pagi tersebut, di Istana maimoen, saya menukar pakaian untuk sesi pengambaran bagi pakaian tradisi Sultan Deli sekitar kurun akhir 19 dan era awal kurun ke 20...: 











Setelah selesai sesi pengambaran di Istana maimoen, saya seterusnya ke Pekan Binjai dan menikmati suasana tempat di pekan tersebut.....:  


Tugu peringatan Binjai (Memorial Binjai)


Setelah selesai berjalan dan meronda suasana di sekitar Pekan Binjai, dalam lewat petang tersebut saya seterusnya bergerak ke Bandara Polonia (Lapangan Terbang Polonia) untuk menaiki pesawat AK4157 setelah 3hari saya di sini dan saya mengucapkan terima kasih kepada yang telah membantu saya sepanjang perjalanan saya di sini. Saya menaiki pesawat sekitar jam 9.32malam tersebut. 



 Pesawat yang bakal membawa pulang dari destinsi yg telah dilawati


 Makanan yang telah disediakan sewaktu dalam pesawat


 Tumpang barang di meja kosong

 Sempat bergambar dengan akak pramugari yg kiut


Seterusnya bergambar dengan dua Brother pramugara yang ensem lg smart


Sabtu, 28 Januari 2012

Haluan Negara Yang Ketiga

Menjejaki Sebuah Negara Yang Terkecil


Saya dengan sendirinya pada awal pagi dan serentak dengan perayaan tahun baru cina bertarikh 23 Januari 2012 yang mana saya akhirnya pertama kali menjejaki negara yang berkeluasan hanya 710 km persegi dan merupakan negara yang mempunyai tunjang ekonomi yang kukuh di rantau Asia Tenggara. Antara gambar-gambar yang dapat saya rakamkan sepanjang saya ke destinasi adalah seperti yang berikut.


 Saya dalam bas untuk perjalanan ke singapura setelah melalui checkpoint dari Malaysia


 Melalui Tambak Johor


 Melalui Lebuhraya 4 lorong untuk satu hala


 Tandas di Singapura yang tidak menyediakan air paip untuk pembersihan


Seterusnya dalam perjalanan untuk ke Merlion Park dan sempat merakam gambar The Fullerton Hotel sewaktu saya berada dalam teksi untuk ke destinasi


Signboard ke Taman Merlion


 Akhirnye saya sampai ke destinasi yang telah dirancang


 Bergambar di hadapan Merlion kecik dlu


 Fakta sejarah perasmian Taman Merlion oleh Tokoh yang terlibat suatu ketika dahulu


 Merlion yang menjadi mercu tanda Negara Singapura


 Bangunan tinggi yang tersergam indah ke angkasa


 Pemandangan dari jauh bangunan utama yang berdekatan dengan Taman Merlion


 Dari jauh kelihatan Bangunan Mandarin Oriental


 Bangunan kembar tiga yang mempunyai jambatan berbentuk kapal di bahagian atasnya


 SIngapore Flyer yang menjadi mercu tanda kedua


 Lagi bangunan yang tersergam indah yang terdapat berdekatan dengan Taman Merlion


 Ini bas 2 tingkat yang terbuka atapnya



Saya di hadapan bangunan kembar tiga berdekatan perkarangan Taman Merlion


Saya di hadapan Mercu Tanda kedua


Dihadapan mercu Utama  Merlion