JALAN-JALAN CARI TEMPAT MENARIK

Selasa, 30 Julai 2013

Cuti-Cuti Pilihanraya Malaysia



Perjalanan Kota Kinabalu dan Sandakan Sabah Malaysia

Pada tarikh 27 April sehingga 3 Mei 2013 saya telah pergi selama 6hari di Negeri Di Bawah Bayu untuk melihat sendiri suasana di Hutan Simpan Tropika Sepilok di Sandakan serta Taman Buaya dan sekitar Bandar Sandakan. Bertolak menaiki pesawat AK 5306 dari Lapangan Senai Johor Bahru pada sekitar jam 6.45petang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sekitar jam 9.25malam. Perjalanan yang seterusnya adalah dari Lapangan terbang ke Terminal bas Inanam Laut yang mengambil masa setengah jam sahaja dengan mengambil teksi di lapangan terbang Kota Kinabalu. Dari Terminal Inanam saya menaiki bas ekspres yang menuju ke Sandakan. Dari Kota Kinabalu ke Sandakan adalah mengambil masa 7jam mengikuti jalanraya yang melalui Kundasang, Ranau, Telupid, Beluran dan seterusnya Elopura sebelum tiba ke destinasi yang ditujui. Perjalanan ini juga memberi kepuasan kepada saya terutama ketika berada di Sandakan. Antara gambar yang sempat dirakamkan adalah seperti berikut>>>>








Setelah tiba di Sandakan, saya menginap di Tai Lee hotel yang terletak di batu 4 Sandakan dan seterusnya setelah 2 hari di Sandakan, saya melawat Taman Buaya>>>> 





















Seterusnya selepas taman buaya, kita pergi ke Taman Negara Sipilok di Sandakan iaitu Pameran Orang Utan dan monyet>>>>






Ini adalah antara gambar-gambar perjalanan dari Sandakan ke Kota Kinabalu>>>>






Seterusnya gambar-gambar yang terdapat di kawasan Kota Kinabalu dan lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu>>>>










Rabu, 24 Julai 2013

Perjalanan Ke Kuala Terengganu

Melawat Taman Tamadun Islam Kuala Trengganu

Pada hari selasa tarikh 12 Mac 2013, saya ke Kuala Terengganu dengan menaiki kereta sendiri untuk berjumpa dengan kawan 1 kolej pertanian di Kuala Terengganu dan perjalanan bermula sekitar jam 4.35 petang bertolak dari Temerloh dan melalui lebuhraya sehingga ke Sungai Ular Kuantan dan seterusnya melalui Jalanraya Kemaman Kuala Terengganu. Saya tiba di Kuala Terengganu pada jam 9 malam dan bermalam di Hotel Seri Ibai. Saya sebenar- nya tidak menyangka dapat pergi ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu dan ini adalah kali yang pertama saya ke Taman Tamadun Islam pada tarikh 13 Mac 2013 sekitar jam 9pagi dan antara gambar-gambar yang dipamerkan adalah seperti berikut>>>>









































Setelah selesai melawat di sekitar Taman Tamadun Islam, saya seterusnya ke masjid kristal dan memasuki ke dalam masjid tersebut untuk mengetahui suasana sekitar di dalam masjid yang dilawati serta ke masjid terapung yang terletak di Kuala Ibai>>>>